Monday, January 28, 2013

Catatan bab 3

Catatan ketiga

"Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh! Yang berhormat pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana dan 3 ekor anak dara yang ada dalam rumah! Hoi bukak pintu sebelum aku buat pusingan U-turn! CEPATTTTT!" jerit Lily sambil mengetuk cermin rumah.

"Sabooooo! Saboooo! Roboh rumah ni kang dengar suara kau yang tak berapa nak merdu tu noks! Balas Riri.

"Cepat la, aku lapar. Datang nak mencari makanan ni. Hehehehe" Sengih si Lily sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

"Wehhh! Apa plan malam ni? Jadi ke nak ke Gadek aceritenyeee?" tanya Lily.

"Hahaha, kau tanya la driver. Aku menumpang je. Hehehe" sampuk Mimi.

"Bab tu serahkan kat aku. Hahaha, sekarang bagi aku isi perut dulu okiessss noks2 sekalian?" Lily melangkah ke dapur sambil mengomel sendirian.

Sesudah Lily menjamu selera, segera dia berlalu ke rumah Iman untuk bertanya rancangan mereka malam itu. Oleh kerana rumah mereka hanya berdekatan, Lily mengambil keputusan untuk berjalan kaki. 

"Jalan je la, slim sikit mak macam Rozita Che Wan. Hihihi" Omel Lily sendiri.

"Assalamualaikum! Iman oooo Iman! Lily yang cantik ni datang. Ce keluar. Ada benda urgent nak bincang ni." jerit Lily sambil duduk di sisi pintu.

"Ha kau, kenapa ?" Iman yang dari tadi hanya mengadap komputer, berlalu keluar menemui Lily.

"Kata nak ke Gadek? Jadi ke idak? Haritu berahsia sangat, sekarang kau yang lupa ke? Ish ish" Lily memulakan bicara.

"Oooo, jadi-jadi. Tapi cuba tanya Mia, pukul berapa nak pergi? Aku on je. Hehehehe. Lagipun boring ha mengadap kerja 24jam. Kita pergi rendam kepala sana, sedap jugak!" Iman bersorak gembira.

"Roger! Nanti aku tanya Mia.Okay?!" Lily bergerak keluar sambil diperhatikan Iman.

"Nanti dah tau pukul berapa, bagitau aku okay!!" Jerit Iman 

Lily segera memberitahu Mimi rancangannya. Yaya yang baru bangun turut mendengar dan mengangguk kepala tanda setuju. 

"Jum siap! Lily, kau pergi balik ambil baju! Takpayah nak make up sangat! Hahahaha" Riri membidas sambil ketawa.

Tepat pukul 9 malam, Mia datang sambil membawa bungkusan. Dilihatnya rumah masih gelap, lantas Mia mengetuk cermin. 

"Miiiii ! Oooo Miii ! Mia memanggil.

"Yaaaa ada ni, masuk la Mia." Mimi segera berlalu keluar untuk mendapatkan Mia.

"Riri mana? Yaya? Soal Mia.

"Ooo, Riri dah keluar dengan Am. Tinggal aku dengan Yaya je. Tu ada dalam bilik. Tunggu si Lily je. Mana tah tak datang-datang lagi" Mimi memberitahu Mia sambil mejenguk keluar mencari Lily.

"Lah yeke. Hahaha, Okayy. Si Lily dah ada dalam kereta. Tunggu korang je ha. Hahaha" Mia mengekek perlahan.

Sepanjang didalam kereta, bermacam2 cerita diceritakan oleh mereka. Maklum lah, masing-masing mengenang perkara lama kerana selepas ni semuanya akan berpisah. Masing-masing akan meneruskan hidup di tempat asal kerana akan tamat pengajian pada hujung tahun tersebut.

"Mi, kau ingat tak masa satu kelas kita gaduh dulu? Macam-macam kes. Kes pasal budak kampung la, apa la. Lawak bila pikir balik. Hahaha." Lily menyoal.

"Hahaha, mau tak ingat, punah ranah kita gaduh. Padahal benda kecil je. Hahaha tapi tak apa la. Dah lama dah lepas semua tu. Semua dah berbaik-baik balik kan. Hehehe" Lily menjawab sambil memandang keluar.

"Haaaaaaaaaaaaaa! Dah sampai dah! Iman menjerit

"Huarghhh! Sakit bontot aku wehhh lama-lama duduk dalam kereta." Yaya mengeluh.

"Jummmmmm cepat masuk. Salin baju semua! Mia pantas bergerak sambil membayar di kaunter.

"Berghhhhh! Panasnya! Yaya mencuba memasukkan kaki.

"Wehhh, jum la mandi kat kolam besar kat belakang! Lily memanggil 

"Baikkkkk!" Segera mereka semua membontoti Lily.

Setelah hampir setengah jam berendam, Mia memulakan perbualan.

"Mi, kau tak ada suka kat siapa-siapa lagi ke?" Mia menyoal sambil memandang Mimi.

"Hmmm, ada."Mimi membalas.

"Siapa?" Mia terus bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Hmmm, kau tau kan siapa yang aku tunggu. Dah dua tahun. Haha." Mimi senyum.

"Tapi sampai bila Mi? Tah dia ada orang lain, tapi kau sibuk tunggu dia. Mimi, mimi." Mia mengeluh.

"Sampai bila? Entah la Mia. Aku pun tak tahu." Mimi menjawab didalam hati.

"Ada jodoh, adalah. Kalau tak ada. Terima je lah kan? Hehehe. Mimi menjawab walaupun terpaksa.

"Ya, sampai bila aku harus menunggu? Sampai bila? Mimi mendongak langit.

1 comment:

Anonymous said...

SAMBUNG LAGI LA! mia