Tuesday, January 22, 2013

Catatan bab 2

Catatan kedua

"Im singing my blues, paran nunmure paran seulpeume gildeulyeojyeo" lagu blue oleh big bang berkumandang. 2 kali telefon mimi berbunyi, tetapi tidak di angkat olehnya. Akhirnya untuk yang ketiga kalinya, mimi akhirnya mencapai telefonnya dan dia menjawab panggilan.

"Hello, adik! kenapa lambat angkat call ? dah berapa kali mama call, ni baru nak angkat!" soal mama mimi.

"Maaf ma, adik tertidur. Letih sangat lepas balik class tadi. dah berapa hari tak tidur. Hmmm" balasnya.

"Bangunlah, dah nak masuk maghrib ni, tak bagus tidur maghrib-maghrib. Ha, mama dah masuk duit, RM150, cukup tak untuk seminggu ? mama bertanya.

"Cukup ma, thank you. Okay la, nak mandi. Bye ma, love you" balas mimi lagi, cuba menghabiskan perbualan.

"Baiklah, jaga diri tu. Apa hal, telefon mama. Love you too. Jangan lupa solat." Talian akhirnya dimatikan.

Mimi segera bangun apabila menyedari jam sudah menunjukkan pukul 6.50 petang. Segera mimi mandi dan bersedia untuk menunaikan solat maghrib. Seperti biasa, dalam doanya, mimi memohon semoga segala urusannya dipermudahkan, diampunkan dosanya dan kedua ibubapanya. Tidak lupa untuk arwah atoknya. Sedar tak sedar, air mata mimi menyalir. Sudah hampir setahun atoknya meninggal dunia. 

"Adik! cepat siap! Kita nak balik kampung! Ayah tengah tenat!. mama mengarah laju. 

"Ya Allah, ayah! betulkah ni? Ya Allah panjangkan umur ayahku. Ya Allah hapuskan segala yang bermain di fikiranku. Kenapa otakku berfikir yang bukan-bukan? Ayah masih hidup!" ngomel mimi dalam hati.

"Ayah" sepatah perkataan keluar dari bibir mimi. Ayah adalah atok kepada mimi. Mimi menggelarkan atoknya ayah kerana terlalu rapat dengannya. Dialah segala-galanya bagi mimi setelah kedua ibu bapanya bercerai. Pada ayahnyalah dia bergantung kasih.

Sepanjang di dalam kereta, mama hanya mendiamkan diri dan memandu laju. Masing-masing memendam perasaan. Semuanya bercampur baur. Sedih, takut segalanya. Sejam berlalu, akhirnya mereka tiba. Mama yang berjalan laju kehairanan mengapa begitu ramai orang diluar rumah ayahnya. Tanpa berprasangka buruk, mama hanya melangkah masuk.

"Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Kenapa tutup muka ayah! Ya Allah! mama meraung. Terjelupuk mama disitu melihat mayat ayah ditutup dengan kain putih. Mimi yang dari tadi tersentap, akhirnya turut menangis sambil menenangkan mamanya. Datang pak ngah memenangkan keduanya.

"Sudah! Jangan meraung. Arwah mesti sedih tengok macam ni. Yang pergi tu, relakan la." Sepantas pak ngah menenangkan mama. 

"Sudahlah mama, jangan macam ni. Mama, sabarlah" rayu mimi. 

Mimi tidak berdaya, Segera mimi lari kedapur sambil menenangkan perasaan. Dia terasa kehilangan segalanya. 

"Ayah, kenapa buat adik macam ni. Ayah dah janji nak jaga adik. Nak datang konvo adik, nak tengok cucu kesayangan ayah ni kawin. Ayah, adik dah tak ada siapa-siapa sekarang. Kenapa ayah?". Esak mimi. Laju air matanya mengalir. 

"Knock, Knock, Knock!". Pintu bilik mimi diketuk.

"Oi mi! lama berteleku? Lapar ni, jum pergi kedai abang beli mat salai." Sapa riri.


"Eh, okay2. bukak eh ? Kejap, aku siap. Balas mimi.

Setiba di gerai, setelah siap memesan makanan, mereka berdua duduk lalu berbual kosong. Kemudian, datang sepasang kekasih "sweet couple" gelaran mereka duduk semeja.

"Hai mi! asal mata kau bengkak? takan pasal tengah hari tadi lagi kot kau meraung sampai malam ? hahahaha sedih betul tu." tegur mia.

"Aah mi, rilek ah, pensyarah nak uji kita je tu. Kumpulan lain pun kena kan. Lagipun kau pun kenal kan puan tu macam mana. Ada yang dia tak suka, laju je segala kerja kita melayang. Kau tak ingat ke yang kena koyak dlu. Tragis tu." Sampuk Iman.

"Hahaha, mana ada korang ni. Aku tak cukup tidur, tu pasal mata macam ni. Eleh cakap orang. Korang dua pon sama.". Bidas mimi semula.

"Eh, apa plan besok ? Jum la berjimba. Bosan la duduk sini. Jum jalan-jalan!" Kata Mia sambil tersengih.

"Aku no hal! Mana mau pigi ha? Hahaha, banker baru bank in tadi. hahahahaah" Seloroh mimi.

"Apa lagi, Melaka lah kita! 6D jom!" Riri mencelah.

"6D je kerja kau. Boringlah! Jum Air Panas Gadek. Segarkan badan! Menarik tu" Iman membuka cadangan sambil mengharapkan persetujuan.

"Aku kena keluar dengan Am. Hmmm aku naik kereta asing. Apahal, korang bagitau aku. BBM." balas riri sambil mengangkat telefonnya.

"Roger! nanti aku bagitau, yaya dengan Lily. Lagi ramai lagi meriah! Tak gitu kawan-kawan?" Mimi menunggu jawapan.

"YESSSS!" pertanyaan mimi disambut dengan jawapan yang girang oleh mereka bertiga.

"OI! Bincang apa ni noks! Seronok kemain korang!" Lily mencelah. Entah dari mana tiba-tiba muncul.

"Nak tau, tunggu esok." Iman mengakhiri perbualan, sebelum mengunyah makanan.

"Bismillah"

No comments: