Tuesday, January 22, 2013

Catatan

Catatan pertama

"Arghhhhhhhhh!" mimi melepaskan geram. "Kalau aku tahu sesusah ni course ni, mati hidup balik pun aku tak kan ambik! dah la menyusahkan aku, siang malam tak cukup tidur, dengan mata bengkak-bengkak, makan tak cukup, mandi pun tidak, pagi-pagi hantar kerja dekat pensyarah, last-last kena reject! Wehhhhhh dia ingat aku buat pakai robot ke? Pakai tenaga tau tak!" bebel mimi seorang diri selepas kerjanya dilempar keluar dari studio.

"Sabar la mi, bukan hang sorang ja kena, ramai lagi kena. ikutkan hati, nak je aku balik terus tadi lepas model kita kena campak. duit oiiiiii duit" balas yaya selepas mendengar mimi membebel.

"Aku bukan apa ya, aku letih la macam ni. Kau pun tahu kan kita dengan tak tidur malam buat benda alah tu, last-last kena campak macam tu je, mana tak sakit hati. Puan suruh kita pijak pulak tu. Kalau aku pijak, ibarat aku pijak duit, tenaga dengan tidur aku tau tak" balas mimi

"Alahhhh, sama la. takpa-takpa, biasala tu course macam kita ni, kalau tak kena maki, bukan seni bina namanya bro! hahahaha!" pujuk yaya untuk menyedapkan hati mimi.

"Hmm takpalah! Aku nak mandi" Mimi menggapai tuala dan terus berlalu ke bilik air. Didalam bilik air, sambil mandi mimi mendengus geram. 

"Hmm!!! Takpa, lepas ni kalau kena campak lagi model tu, aku dah malas nak buat! lantak lah apa nak jadi. Dia ingat bapak aku cop duit nak bagi untuk model je, aku jugak makan meggi!" dengus mimi.

Setelah selesai mandi, mimi segera menyiapkan diri untuk membeli makanan. Perutnya sudah pun mendendangkan lagu metal akibat tahan lapar dari pagi tadi. Akibat terlalu geram, mimi tidak merajinkan diri untuk memasak. Riri yang baru pulang dari kelas, bergegas menegur mimi yang baru melangkah keluar dari rumah. 

"Mi! kau nak pergi mana ?" soal riri. 

"Aku nak beli makanan, lapar la dari pagi tadi tak makan" balasnya.

"Eh, tunggu aku lah! aku pun tak makan lagi" kata riri.

"Baiklah! kau cepat sikit, lambat-lambat kang gastrik aku. kau bukan tak tahu, aku kan muka hospital. hahahaha" balas mimi sambil duduk di depan pintu sambil menunggu riri.

Sambil berjalan menuju warung bibik di hujung jalan, riri memulakan bicara. Dilihatnya muka mimi seakan masam mencuka. "tak boleh jadi ni" degus riri dalam hati.

"Mi, kau kenapa? aku tengok masam je? ce cerita ce cerita." Sambil membuat gaya lenggok tangan usop.

"Hmm, tak ada apa. Aku okay je" Senyum mimi. manis, tetapi sedikit kelat.

"Ah, aku kenal la kau macam mana weh. tidur sebantal, seselimut, sepinggan, nasib tak semandi je. hahahahahaha" tawa riri terletus. 

"Hmm, macam biasalah. pasal model kumpulan aku. kena reject. ini tak kena, itu tak kena. penat lah! 2 hari kita orang tak tidur, buat benda tu ja. last-last kena reject. mana tak sakit hati!" luah mimi sambil masam mencuka.

"Ohhhhh! aku pikirkan apaaaaaa. hahahaha" terkekek riri sambil meniru suara aziz satar.

"Kau rilek je mi. second round mesti okay punya. biasalah pensyarah. macam tak biasa. hahaha". riri mengakhiri perbualan.

Setelah membeli makanan, mereka berjalan pulang sambil melihat kesebuah rumah. "Kau agak, kakak dengan abang, bukak kedai tak malam ni? aku mengidam nak makan mat salai la. soal riri.

"Entahlah". balas mimi ringkas.

Selesai makan, masing-masing membelek komik yang baru dibeli semalam. Yaya yang juga turut selesai makan, terus bangun dan melangkah ke bilik menyiapkan kerja.

"Untunglah pandai buat lumion! buat video la tu" jerit mimi dan riri kepada yaya sambil tersengih-sengih. 

"Biasa bro! tengok kaki la. hahaha" balas yaya.

Sambil membelek komik, mimi memusing dan melihat riri sudah melelapkan mata. Mimi yang dari tadi menguap, turut mengambil langkah yang sama. Akhirnya terlena mereka berdua disitu, ibarat kata riri, sebantal.


No comments: