Monday, June 10, 2013

Catatan bab 4

Catatan keempat

"Aku sukakan kau. Kau pun tahu kan aku dah lama sukakan kau sejak dari hari pertama aku jumpa kau." 

Mimi cuba menaip kembali bbm yang sudah beberapa kali dipadamnya. Antara mampu atau tidak, Mimi tidak yakin dengan diri sendiri. Mimi menatap kembali textnya, akhirnya Mimi menekan butang "Send". 5 minit berlalu, akhirnya "sidia" membalas.

"Aku tahu, tapi kenapa aku?" balasnya.

"Aku sayang kau" SEND! itulah ayat terakhir dari Mimi. Mungkin kerana tidak sanggup menunggu jawapan balas. Mimi meletak blackberrynya dan seraya meletakkan memeluk tubuh.

"Apa aku buat ni? Memalukan diri sendiri? Dia bukan suka aku pun. Kenapa aku terhegeh-hegeh macam ni?  Kenapa aku perlu tunggu dan tunggu dan tunggu benda yang tak pasti? WAKE UP MIMI, WAKE UP! Jangan seksa diri sendiri." Mimi bicara sendirian.

"Tapi kalau bukan sekarang, bila lagi aku nak luah? Sampai dia dah kawin? Masa tu tak guna dah. Dah melepas. Sekurang-kurangnya sekarang, kalau kena reject pun, kau dah luah Mimi. So, just rilek okay?"

Mimi menenangkan hatinya. Sedikit sebanyak ada berkecamuk dihatinya. Mungkin kerana hanya hati merasa, tapi wajah tidak meluahkan apa-apa. 

"Ah! Buang masa! Jerit Mimi separuh dengar.

"Hoi pompuan! Kau duduk tepi tu buat apa? Meh la mandi. Kau hingat ada jantan hensem ke kat sini nak kat kau? Hahahaha!" Panggil Lily seraya melenyapkan lamunan Mimi yang melayang kembali setahun kebelakang.

"Eh kau! Alah nyahhh, mak tau, mak tak sevoksssss kau. Mak pasrah! Hahahaa." Mimi memaling muka menghadap Lily lalu bergerak kembali ke arah mereka.

"Huuuuuu panasnya! Tapi tadi dah kena embun, kembung aku nanti. Hahahaha" Sambung Mimi.

"Padan!" Lily membalas.

"Mi, sekurang-kurangnya, kau berani. Kau berani luah. Kau berani tanggung risiko. Dan kau berani hadap semua ni. Tak semua orang mampu Mi." Mia menepuk bahu Mimi sambil tersenyum.

Mimi tersentak lalu tersenyum.

"Yea, aku berani. Tapi dalam keberanian aku, aku sebenarnya lemah Mia, aku lemah" Bicara Mimi sendirian didalam hati.

"Wehhhh! Aku lapar la. Sedap jugak ni balik nanti dapat makan nasik lemak lorong 6 tu. Sambal dia perghhhh! Menjilat kaki wehh wa cakap lu!" Yaya mencelah memecah sunyi.

"Ah kau pompuan, makan je keje! Macam mana nak jadi Rozita Che Wan kalau asyik makan! Cuba tengok macam aku, selim melim gituwww chuolllsss!" Lily menyampuk.

"Puihhhh! Perut pun boroi. Ada hati. Hahahaha!" Bidas Yaya sambil disambut gelak tawa oleh yang lain.

Mencuka muka Lily kerana diketawakan. Ah tapi tak apa. Masamnya tak lama. Terhidu makanan, meleret la muka.

"Haish, kawan-kawan, kawan-kawan. Hilang sedih aku. Nasib tak baik, lamunan datang masa tak diduga. Tak apa, rilek saja" Mimi mengomel sambil tersenyum.

"Jom balik!" Iman menjerit.

"Jommmmmmmmmmmmmm!" seraya semua menyahut.

"Eh, tapi Riri mana? Tak sampai-sampai pun dia?" Lily cuba serius.

"Tak apa, pandai la dia nanti. Yang penting, nanti bagitahu dia, kita dah nak balik okay." Mia menjawab.

"Okay." Balas Lily sambil mencapai handfon lalu meninggalkan kolam.

Yeah. Kolam yang berjaya membuat ingatan Mimi melayang. Gadek oh Gadek. Kenapa tiba-tiba?

Seraya mereka melangkah pulang sambil meninggalkan tanda tanya. Yeah, Tanda tanya yang berbekas dihati Mimi.


No comments: